Faryana Collections®

By: Yana Nona

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-Jan-2008 07:33 Email | Share | Bookmark
Kek Kukus Gula Hangus + Kek Coklat Kukus Liza

Kek Coklat Kukus Liza
Kek Kukus Gula Hangus
Minggu lepas terasa rajin nak buat kek... Saje je utk kunyah2 anak-anak yg dua org kat umah tu...
Kek coklat tak sempat nak amik gambar, so pinjam gambar dari kak liza k. Memang sedap dan lembut kek coklat kukus kak liza tu... Lain kali yana load gambar yana punya... memang rasa nak buat lagi pun...



Resepi tak ingat amik dr mana... tapi nnt yana update resepi...



KEK COKLAT KUKUS liZA

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Quote:
hajar ~ takde la terer, masih try n error lagi nih. utk makan sendiri... sedap pun makan tak sedap pun kena makan gak sampai abisss..
husna ~ kek sedap gak, rasanya amik resepi kat myresepi. patutnya banyak rongga tapi rongga taknak kuar la. dah perap lama gak. mungkin silap bikin kot ( cam kuih saipul apek tu.. kuih salah bikin.. )
ida_isk ~ insya-allah. nnt senang2 yana sms k
sha ~ sempat je sya. kalau dah menjahit tu kan ke perut lapa, stop ar masak jap..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net