Faryana Collections®

By: Yana Nona

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Oct-2007 02:09 Email | Share | Bookmark
My 1st ever pizza...

Sedia utk dibakar...
Yg dah masak...
Sedia utk dimakan...
Kak Liza, Yana dah buat dah pizza... Nyum...nyum... Anak yg 1st yg susah nak makan tu sekali makan abih dua slice... Siap pesan suruh buat lagi lain kali tu....


Pizzza

Bahan-bahan :
Bahan A :
500 g tepung roti ( Yana guna tepung gandum biasa )
1 peket yis Mauripan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
1 biji telur

Bahan B :
3 sudu besar margerin
250 ml air

Cara membuat :
* Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk adun
* Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh lembut. Anggaran 10 minit. (agak melekat sikit)
* Masukkan margerin dan uli lagi hingga sebati. (hingga tak lagi melekat)
* Bahagikan kepada 4 bahagian dan leperkan (dlm loyang 22 atau 24 inci)
* Biarkan adunan naik sedikit lebih kurang 15 hingga 20 minit. Bakar dalam oven hingga kekuningan pada suhu 180 darjah.
* Keluarkan dari oven, sapu sos tomato dan letak topping.
* Tabur keju Mozarella.
* Bakar lagi sebentar utk mencairkan keju.
* Hidang waktu panas.


Topping :
Daging kisar digoreng bersama bawang dan serbuk Oregano
Mix vege
Pepperoni/sosej
Lada benggala
Tomato merah
Nenas
Apa-apa saja yang anda suka....


Selamat mencuba....
Kalau suka kulit pizza tu nipis, bahagikan kpd lima bahagian sebab bahagi empat bahagian tu agak tebal juga.


Quote:
Untuk kengkawan yang nakkan resepi pizza ni.... Simple jek. Ini untuk kita-kita yg takde breadmaker tu... Uli pakai tangan jek....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net